SS2

Suami curang? ada orang ketiga?

Ramai yang mengadu pada
saya masalah ini.

Tapi masih sayang pada suami
hati sakit dan sukar nak maafkan
Tapi tak sanggup berpisah
Sebab ada anak dan dah lama
Berumahtangga.

Bagaimana untuk merawat hati?
Bagaimana untuk melupakan?
Bagaimana untuk meneruskan
Perkahwinan yg penuh luka ini?

Apakah perceraian jalan terbaik?

Saya berminat nak share
Dengan anda yang sedang
Diuji dengan masalah ini..

Sila daftar secara percuma
ke webinar Suamiku Sayang

Dengan klik link berikut:

http://bit.ly/webinarss2

Dan saya akan masukkan
Anda dalam list webinar
Khas secara percuma buat
Anda yang sedang terluka ya heart emoticon

Psst: Allah sayang orang yang terluka hatinya


lake-407258_1920

Kedamaian itu sejatinya ada di dalam dirimu.

Tidak perlu dicari ke mana-mana.
Tidak perlu tukar kerja.
Tidak perlu tukar bisnes.
Tidak perlu tukar pasangan.
Tidak perlu tukar rumah.

Yang perlu dilakukan hanya duduk diam dan menyedari apakah halangan atau hambatan yang menghalang dari rasa damai itu bercahaya di hatimu.

Apakah ada kemarahan?
sejukkan dengan kemaafan dan menyedari bahawa seperti mana dirimu, dia dan aku tidak sempurna.

Ada masa dia pinjam untuk menyakiti kita, ada masa kita pula di pinjam untuk menyakiti orang lain.

Tidak lain dan tidak bukan, hanya satu – supaya kita menjadi lebih dewasa, lebih rendah hati dan lebih penuh penerimaan dan belas kasih.

Apakah ada kekecewaan?
Bangkitkan dengan cahaya kesedaran bahawa masih terlalu banyak hal yang boleh kita syukuri, Ya! sangat banyak..

ketika kita bersedih, sebenarnya kita lupa yang kita pernah dan masih ada yang sayang dan menghargai kita.

Recensioni Pips-FX
Dan tentunya yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang adalah Dia – Sang Maha Melihat yang melihat setiap pergerakan kita dengan penuh Cinta Kasih yang tidak berhingga.

Buktinya? jantung dan nadi ini tidak pernah berhenti walau sesaat selama berpuluh tahun ini…walau kita sering lupa menyedari-Nya… namun Demi Cinta Kasih-Nya yang tidak bersyarat, kita dijaga dan disayangi terus menerus.

Ucapkan Terima kasih Ya Allah!

Apakah ada ketakutan?
Peluk lembut dengan kesedaran bahawa di saat ini dan di sini.. sesungguhnya kita selamat. Sedari bahawa ketika kita takut, sesunggunya kita hanya lupa bahawa kita pernah berani dan berjaya memulakan langkah.

KIta hanya lupa bahawa Dia yang Maha Menjaga dan Maha Bijaksana merancang yang terbaik buat kita sentiasa ada memerhati dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih Ya Allah!

Peluk lembut sisi-sisi gelap dalam dirimu dengan cahaya kesedaran, perlahan-lahan cahaya penerimaan dan kasih sayang ini akan menerangi ruang gelap yang menutupi kedamaian di hatimu.

Hanya izinkan..

Sahabat Hati Anda,
Diyana Tahir
eHati Coach

#SilakanShare #revolusihati #ehati #diyanatahir

*Jumpa anda esok di program terakhir Revolusi Hati di KL, kepada yang telah mendaftar sila datang awal seawal 8.00 pagi supaya kita boleh berkongsi lebih dalam dan lebih banyak lagi <3


nick-vujicic-baby-picture
Semalam di National Congress Achiever 2014, Nick Vujicic ada bertanya soalan yang membuat saya tersedar dan tersentuh;

Apakah 3 perkara dalam hidup anda yang paling penting, yang mana jika anda kehilangannya, hidup anda berubah menjadi sangat tidak bererti?

Saya terus tulis;
1. Najwa (anak saya)
2. Rahim (suami saya)
3. Diri saya (fizikal, ilmu & skill yang saya ada)

MYFAMILY

Kemudian Nick bertanya, dalam 24jam sehari hidup kita berapa banyak masa yang kita luangkan untuk menghargai, menjaga dan menyayangi 3 perkara yang penting ini?
Saya tersentuh dan tersedar…

Saya sedih.
Saya sedar.

Walaupun anak dan suami saya sentiasa ada di sisi saya 24jam, namun saya akui, saya kurang ‘being present’ bila bersama mereka.

Nick kata, bukan berapa banyak masa yang kita luangkan, tetapi qualiti dan rasa sayang yang kita berikan ketika kita bersama mereka..

its not about how many hours we spend talking…its about how much love we cultivate and express fully to each other.

I love you Najwa & abang


[APA PENGHALANG DALAM HIDUP ANDA?]

Video blog terbaru saya tentang halangan dan hambatan pada kejayaan dan kebahagiaan kita selama ini. Silakan share, terima kasih www.revolusihati.com


Terima kasih Ya Allah atas kesempatan untuk terus menikmati pemberian dan belaian kasih sayangMu hari ini..

Terima kasih Ya Allah atas keberlimpahan dan kedamaian yang sudah tersedia ada buatku hari ini

Terima Kasih Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah atas pengertian dan kemaafanMu, walau aku sering lupa dan sering hidup penuh keegoaan…namun Kau tetap memberi dan terus memberi… Terima Kasih Ya Allah..

Ajari aku Ya Allah…Ajari hatiku untuk sentiasa selaras dengan MU..memberi dan terus memberi, menyebarkan kasih sayangMu yang tidak berhingga…

Ajari aku Ya Allah..untuk sentiasa redha dan ikhlas sepenuh hati menerima segala yang Kau taqdirkan buatku..terima Kasih Ya Allah…

Terima kasih Ya Allah kerana Kau izinkan aku dan sahabat-sahabat hatiku untuk konsisten menanam DNA positif dan bersyukur pada Mu setiap hari, terima kasih Ya Allah…semua dengan izinMu Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah atas kemulian dan kesempatan ini..terima kasih Ya Allah…

===

Selamat pagi wahai sahabat hatiku,

Hidup ini mudah bila kita tahu dan sedar, bahawa yang ada hanya Dia Tuhan Yang Maha Pengasih. Yang realiti hanya kasih sayangNYa

Ketakutan, kerisauan dan kekecewaan hanyalah bayang-bayang dan ilusi yang tidak nyata.

Ketika kita sedar bahawa yang ada hanya kasih sayang-NYa yang tidak berhingga, apakah masih ada ketakutan?

Mana mungkin Dia yang penuh dengan kasih sayang yang berlimpah akan menyakiti dan mengecewakan kita?

Mana mungkin Dia yang penuh dengan kebijaksanaan dan keadilan akan membuat silap dan menganiaya kita?

Hanya kita yang penuh dengan ketidak tahuan dan kealpaan yang sering tidak nampak dan me’lebel sesuatu yang ditentukan sebagai ‘buruk’ dan ‘derita’

Ketika kita izinkan diri kita untuk diam sebentar dan fokus pada sisi berkah kehidupan…pasti hati akan merasakan, semua sudah sempurna apa adaNya

Terima kasih Ya Allah..


marah

Marah? Stress? Gerammmm?

Its ok ada rasa begitu. Yang tidak bagus ialah bila kita lepaskan pada orang lain 😉

Yang menjadi mangsa selalunya orang yang kita sayang, bukan?

Jadi…

Apa nak buat bila marah?
Apa nak buat Stress?
Apa patut buat bila gerammmm?

Anda hendak tahu?

Mudah sahaja.

Semudah sedari yang anda sedang mengalami perasaan itu.
Sedari bahawa perasaan negatif ini bukan diri anda sesungguhnya.
Sedari ia hanyalah perasaan yang singgah sebentar.

Setelah anda sedari ia..

Tarik nafas…sedari nafas masuk dan keluar anda
Dan rasakan nafas anda…

Kemudian…

Tanyakan soalan ini pada diri anda;

“Aku marah siapa sebenarnya?”

Bukankah segala yang telah terjadi semua dengan izin-Nya?

Bukankah ada Tuhan Yang Maha Bijaksana yang lebih tahu merancang apa yang terbaik buat kita?

Kemudian tanyakan lagi soalan ini;

“Apa yang aku harapkan sebenarnya?”

Apakah mungkin yang kita harapkan adalah sesuatu yang di luar?
Bukankah yang kita cari itu sebenarnya ada di dalam diri kita?

Bukankah kedamaian dan kebahagiaan adalah di dalam diri kita.

Bukankah jika kita damai dan bahagia di dalam, tiada apa yang diluar mampu menganggu kita?

Jadi..apakah mungkin kita marah/stress dan geram bersebab dari rasa tidak bahagia dan damai di dalam hati kita?

Apakah mungkin, hal-hal yang di luar itu hanya ‘trigger’ atau penggera sahaja akan sebuah ketidak damaian di dalam hati?

Sebab orang yang marah, stess dan geram adalah orang yang takut akan sesuatu.

Ya, ada ketakutan dan ketidak berdayaan yang terselindung disebalik kemarahan itu.

Tanyakan ini pada diri anda;

“Apa yang aku takutkan sebenarnya?”

Bukankah hidup, mati, jodoh dan rezeki semua sudah ditentukan oleh-Nya?

Sesungguhnya kita hanya LUPA.

Kita ada Tuhan Yang Maha Merancang dan Maha Bijaksana mengatur yang terbaik buat kita.

Its ok lupa. Yang penting sedari yang kita lupa..dan kembalikan semuanya kepada Allah.

Maafkan kami Ya Allah…
Ajari hatiku Ya Allah

Ajari hatiku untuk sentiasa redha, pasrah dan ikhlas untuk menerima segala ketentuanMU..

Ajari hatiku Ya Allah.

Amin.

Sahabat hati anda,
Diyana Tahir,
eHati Coach


JANGKIT

Pesan Sang Guru,

Jadikan misi hidup kita bukan untuk mendapatkan 1juta RM atau dollar.
Tetapi untuk menyentuh 1 Juta hati manusia.

Sebab duit akan habis dan turun nilainya, namun ketenangan dan kasih sayang adalah unsur yang kekal malah semakin bertambah!

inilah sebab mengapa saya lakukan apa yang saya lakukan hari ini.

Untuk menyentuh 1 Juta hati untuk merasakan ‘ada syurga di hati’
di saat ini, di mana sahaja dan walau apapun yang terjadi.

Sebab itu saya kongsikan 100% PERCUMA ‘alat bantuan’ atau tools bagaimana di saat ini kita BOLEH akses hati kita dan merasakan kedamaian dan ketenangan di saat ini, semudah mendengarkan audio Terapi Kedamaian Hati yang saya rakam khas buat anda.

====
Bagaimana anda boleh bantu saya untuk mencapai misi ini ?
====

Semudah membantu saya SHARE status ini supaya 1 Juta orang boleh mendapatkan peluang untuk akses hati mereka dan merasakan kedamaian hati yang tersimpan lama di dalam diri mereka.

====
Mengapa perlu SHARE?
====

Sebab semakin ramai orang sekeliling kita yang merasakan kedamaian, semakin damai lah juga hidup kita.

Sebab kita manusia saling terkesan dan ‘berjangkit’ antara satu sama lain. Pilihlah untuk ‘menjangkit’kan kedamaian kepada orang di sekeliling kita.

Apakah yang sering kita ‘jangkit’kan dengan orang sekeliling kita?

Bukankah dirimu terlalu berharga dan di lahirkan untuk menjadi berkah buat seluruh alam?

Bukankah ini tanda kita bersyukur atas segala nikmat yang tidak terhitung yang di anugerahkan oleh Yang Maha Memberi?

=====
Dapatkan 100% PERCUMA Audio Terapi Kedamaian Hati
=====

kepada yang belum mendapatkannya, ia 100%PERCUMA, hadiah dari saya buat anda semua

Bagaimana nak mendapatkan nya?

sila klik link berikut:

=====
http://bit.ly/1drKLTF
=====

Hari ini pilih untuk ‘menyebarkan’ kedamaian, kerana dirimu terlalu berharga.

Jika anda ingin turut serta membantu saya, sila komen ‘ DIRIKU TERLALU BERHARGA’.

Tahniah! buat anda yang sedar bahawa diri anda ada ‘tugas’ penting di dunia ini!

Salam kedamaian hati dari sahabat hati anda,
Diyana Tahir,
ehati coach


depression

Pn. RH : Salam Diyana, Saya ada beberapa konflik perasaan dalam hati. Saya tak pasti apa yang saya rasa.

Saya ada konflik degan bekas suami terutama bila menuntut nafkah anak setiap bulan. Komunikasi kami pasti akan berakhir dengan pergaduhan. Dan dia akan memaki saya. Dan akhirnya saya akan berdoa pada Allah agar apa yang dia maki berbalik pada dirinya.

Tetapi hari ini, entah mengapa hati saya terlalu sakit apabila dengar makian darinya untuk kesekian kalinya lalu saya berdoa dan menulis di dalam whatsapp kepadanya “Ya Allah…semoga segala babi fuck sial bodoh bagi la pd anak awk yg bakal lahir ni…”

Setelah itu dia sudah tidak maki lagi kerana mungkin takut doa saya betul-betul terkena pada anaknya yang bakal lahir nanti. (Anak yang bakal lahir itu adalah anak bersama isteri barunya kini).

Tapi saya rasa menyesal dan memohon ampun pada Allah atas doa saya tadi.
Cuma saya rasa, untuk di hari yang mendatang, saya tidak mahu ada lagi perselisihan faham sebegini sebab ianya memang menyakitkan.

Apakah yang saya perlu lakukan Diyana?

Saya ingin menjadi lebih matang, sabar dan berkhemah bila berkomunikasi dengan bekas suami agar hati masing2 tidak terluka…

Mohon pencerahan daripada Diyana yer

Saya: wsalam Pn. RH yang dirahmati Allah…

saya ada beberapa soalan,

Jika diukur rasa sakit dan tidak bahagia puan ini, berapa skalanya?
(1 paling menderita dan 10 paling bahagia)

Pn. RH: sekarang saya rasa pada skala 2

saya: sekiranya masalah ini selesai berapakah skala kebahagiaan Pn rasakan?

Pn. RH: 6
Saya: adakah 6 sudah cukup buat Pn.?

Pn. RH : tak cukup…

saya: so Pn. harap berapa?

Pn. RH: sekurang2nya 8 insyaAllah

Saya: Pn. bersedia untuk saya bantu sekarang?

Pn. RH : yerr… sy bersedia!

Saya: sekarang Pn. duduk kan? bersendiri?

Pn. RH : yer… sendiri

Saya: ok baiklah..
sekarang..Pn. duduk dan bersandar dengan selesa
boleh pejamkan mata dan fokus pada pernafasan masuk..
ketika nafas masuk, rasakan hawa sejuk dihidung
ketika nafas keluar rasakan kehangatan nafas keluar dihidung

lakukan selama 3 min, dah selesai bgtau saya, kemudian saya guide seterusnya.

*beberapa minit kemudian

Pn. RH : Ok… saya sudah selesai

Saya: bagus..apa yang puan rasakan?

Pn. RH : ketenangan fikiran… rasa kurang terbeban perasaan…

Saya: bagus…alhamdulillah..sekarang… Pn. boleh tutup mata sekali lagi dan ulangi fokus pada pernafasan selama 3 min dan cuba bayangkan satu keadaan atau peristiwa yang pernah berlaku yang sangat membahagiakan Pn.

Buat sehingga Pn. rasa di skala 6 yang Pn. cakap pernah rasa dulu….bila dah sampai ke skala 6 bgtau saya, saya guide lagi

Pn. RH : ok… saya mulakan…

*selepas beberap minit…

Pn. RH: Alhamdulillah… dpt merasakan skala 8…

Saya : great! bagus… apa yang Pn. rasakan?

Pn. RH: syukur… tenang… rasa ringan jer fikiran ni…
bebanan perasaan pun dh berkurangan..
saya nampak muka2 yang tersenyum…
tangisan kesyukuran dan kebahagiaan…
saya dapat dengar bacaan2 al-quran… laungan azan… zikrullah

saya: great…bagus… sekarang… Pn. kembali tutup mata dan fokus pada pernafasan dan kembali semula ke tempat yg Pn. pergi tadi..dan bayangkan alunan quran dan zikir yang saaangat menenangkan…

terus bayangkan…terus terhanyut dengan alunan bunyi tersebut sehingga pn. dapat rasa ke skala 10 atau lebih..

dah selesai beritahu saya ya..

Pn. RH: baik…

*beberapa minit kemudian

Pn. RH : Knp sy menangis yer? rs insaf… rs kerdil… rs redha…
rs bersyukur sgt2..rs tenang…
sbb yakin Allah ada yg akan melindungi dan membantu saya…

saya rasa best sangat-sangat sekarang ni…
saya rasa yakin.. setiap masalah yang datang..
penderitaan yang datang.. akan lenyap…

yg penting sy kena selalu tenang…jiwa selalu bersih…

Alhamdulillah….saya rasa saya dah memaafkan bekas suami saya…
fikiran saya dah tak tertumpu pada masalah lagi…

malah saya pikir sekarang ni…
saya perlu buat apa yg saya sepatunya buat…
selebihnya pasti Allah akan tunjukkan jalan penyelesaiannya

saya: bagus…syukur…alhamdulillah…masa rasa syukur tadi dan menangis tu, bahagia sekala berapa?

Pn. RH: skala 10

Saya: bagus Pn…syukur…

memaafkan orang yang menyakiti Pn. bukanlah bermakna membenarkan apa yang dia lakukan, yang salah tetap salah, cuma dengan memaafkan dia, adalah untuk kebahagiaan Pn.

untuk melepaskan beban yang Pn. tidak layak tanggung sedangkan Pn. layak bahagia.. yang lepas biarlah berlalu

Sebagaimana bijaksananya Sang Maha Pencipta menghantar ujian dan dugaan yang sangat kompleks pada Pn. tentu juga Dia yang Maha Bijaksana telah menyediakan solusi dan cara mengatasinya. Mengapa perlu ada kerisauan dan duka?

Hanya perlukan cara untuk menyembuhkan luka lama dan ‘move foward’ cipta hidup baru yang lebih membahagiakan seperti yang selayaknya Pn. nikmati.

Pn. RH : betul tu…
Terima kasih byk2 Diyana Semoga Diyana sentiasa gembira… dan dpt membantu ramai lagi insan seperti saya…

*****

Ini hanya sebahagian kecil proses yang biasa saya buat di Intensif Terapi eHati (Edisi 2014), mungkin tidak sampai pun 10 % sebab hanya melalui FB message.

Namun alhamdulillah, dapat membantu Pn. RH untuk merasakan ketenangan dan kekuatan untuk keluar dari masalah yang beliau rasakan.

Sebenarnya semua masalah dan cabaran hidup, walau sesusah mana pun, walau sekompleks mana pun, solusinya sudah tersedia ada.

Hanya ‘IZIN’kan diri kita untuk merasakan kebahagiaan yang selayaknya kita nikmati.

Persoalannya ialah, adakah kita IZIN-kan?

adakah secara tidak sedar kita memang TAK NAK bahagia?

Sebab itu saya buat program Terapi ehati ini. Untuk berkongsi pengalaman saya bangkit dari keterperukan hidup dulu dengan teknik terapi ehati ini.

Saya memberi dan berkongsi bukan kerana saya hebat atau ada banyak ilmu, tetapi kerana saya pernah merasa betapa sakitnya berada di keterperukan hidup yang sangat menyiksakan.

Bagi anda yang rasa ingin move foward dan rasa sudah sampai masanya anda menikmati kebahagiaan hidup yang selayaknya anda rasakan, saya jemput hadir ke program 3 hari Intensif Terapi Ehati pada 28 feb – 2 mac ini di KL.

Jika masalah kewangan yang menjadi penghalang untuk hadir, sila berhubung dengan Pn. Zaama Boss di talian +60125266769 , untuk kami bantu dan memudahkan anda hadir.

Hari ini ayuh katakan ‘cukup-cukuplah aku menderita! its time for me to have the happiest life that i deserved! ‘

Anda layak bahagia,

Sahabat Hati Anda ♥
Diyana Tahir
ehati Coach.

 


women cry

Puan AR :

Salam Puan Diyana.
Saya banyak masalah untuk dikongsi.
Saya nak lari keluar dari masalah tu tapi tak boleh.
Suami taknak lepaskan saya. Dia dah sakitkan hati saya bertahun2.. sehinggalah tahun lepas dia berkahwin tanpa keizinan saya.
Bertahun2 saya disakiti..dari segi mental..
wpun dia kelihatan baik dari segi luaran tapi
bila dia marah suka sakitkan hati saya..
suka bagi saya rasa down..
pendek kata dia suka torcher saya berjam-jam.
Skg bila saya tau dia kahwin saya mohon cerai
tapi dia tak boleh pulak nak lepaskan saya.

saya tak nak dia lagi..saya dah tak nak pertahankan perkahwinan ni lagi…
saya dah penat..letih..saya bekerja utk dia..utk apa..

Saya dah lama derita puan..
saya rasa sakit sangat…saya perlu keluar dari semua ni..

Apa perlu saya buat puan?

saya: puan nak saya bantu sekarang?

Puan AR : Bagaimana puan??

saya: puan dimana sekarang? di ofis? sendirian?

Puan AR : Ofis…Sendirian

saya: ok baiklah. cuba puan buat apa yg saya tulis ini;

duduk diam, dan pejamkan mata
fokus pada pernafasan keluar dan masuk
ketika nafas masuk….rasakan…udara yang sejuk dihidung
ketika nafas keluar rasakan kehangatan nafas keluar dari hidung

lakukan ini selama 3min

sepanjang 3 min itu fokus pada rasa tersebut..

selepas 3 min fokus letak tangan kanan di dada puan…
dan katakan di dalam hati..
aku layak bahagia

dah siap bagi tahu saya dan saya bantu seterusnya

*selepas beberapa minit

Puan AR: Hati saya lebih lega puan..Yg mula2 bdebar…jadi ringn

saya: alhamdulillah
sekarang….
puan lakukan ini pula..

pejam mata dan perhatikan nafas keluar dan masuk..
dan letakkan tangan kanan di atas dada (bahagian kiri)
dan fokus ke dalam diri puan dan tanyakan…

apakah yang patut aku lakukan untuk menghadapi masalah dengan suamiku?
sambil terus fokus pada pernafasan masuk dan keluar.

Sambil dalam hati terus bertanya….

Puan AR: Saya ingin keluar dari diri dia puan..
Saya taknak hidup susah lagi….
Saya perlu keluar dari masalah saya…
Aura negatif dia buat saya tambah negatif…

saya: kemudian…
puan diam semula…
fokus pada pernafasan puan semula seperti tadi
buat selama 2 min lagi
rasakan apa yang puan rasakan…

Puan AR: Dia pengaruh hidup saya
Saya dah hilangkan rasa marah tu puan
Kalau ianya berulang..bagaimana puan?

saya: kemudian sambuang semula dalam 3 min sambil tanya ke hati puan dalam-dalam… apakah betul jika puan berpisah..puan akan lebih bahagia?
buat selama 3 min

Puan AR : saya dapat rasakan puan…
Air mata saya ngalir puan..laju…laju..

Saya: bagus…menangis itu bagus dan sihat
proses yang saya bawakan puan tadi tidak sampai 10% peratus pun dari teknik dan cara penyembuhan yang saya kongsikan di sepanjang 3 hari intensif terapi ehati

semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu puan buat masa ini
saya doakan puan diberi kelapangan rezeki dan peluang untuk hadir..amin

Puan AR: Alhamdulillah puan..

******************************************

Berapa ramai di antara kita yang sering disakiti namun gagal untuk keluar dari permasalah dan terus disakiti?

Berapa ramai yang ingin keluar tetapi masih ‘terhambat’ dengan masalah yang sama berulang kali?

Berapa ramai yang ingin pergi lebih jauh dalam hidup, namun asik tersekat dan sukar untuk berubah?

Di program 3 hari bersama saya di Intensif Terapi eHati (Edisi 2014) pada 28 Feb – 2 mac ini. Saya kongsikan secara praktikal lebih 10 teknik terapi untuk penyembuhan jiwa secara holistik, sistem dan prosesnya mudah dan santai untuk dilakukan.

Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan pengalaman ini dengan ramai orang. Dan Alhamdulillah syukur, ramai yang telah menemukan jawapan dan solusi kepada permasalah hidup mereka.

Ada yang telah bertemu jodoh setelah membujang agak lama kerana sering berjumpa orang yang salah.

Ada yang telah berjaya mendapat cajayamata setelah 9 tahun berkahwin

Ada yang kembali berbulanmadu selepas hampir bercerai

Ada yang berjaya menghilangkan trauma didera ketika kecil dan memaafkan orang yang menyakitinya

Ada yang hilang sakit kepala yang dihidapi sejak 2 tahun lalu

Ada yang mendapatkan ketenangan dan kedamaian yang dicari selama ini

Ada yang semakin khusyuk dalam solat

Ada yang berjaya berdamai dengan masa lalu

banyak lagi kisah keajaiban hati yang telah berlaku. Boleh baca banyak lagi kisah mereka di http://bit.ly/1bOzFMy

Pointnya di sini bukanlah saya yang menyembuhkan.

Saya hanya pembimbing atau coach yang membantu anda untuk menjumpakan apakah akar pada permasalahan anda selama ini.

Bila anda jumpa akarnya, mudah kita bantu untuk menyembuhkan akar hati yang sakit dan mentransformasi ia menjadi hati dan jiwa yang besar, lebih dewasa dan lebih penuh belas kasih.

Hanya perlu izinkan diri anda untuk hadir dan rasakan…

Pilihan di tangan anda!

Salam dari hati,
Diyana Tahir,
ehati coach

Alami TRansformasi Hati dan Penyembuhan Jiwa di http://bit.ly/1bOzFMy

*credit gambar dari : faithofmuslims.wordpress.com


pasangan

Mengapa kita sering berlainan sikap, sudut pandang dan kemahuan dengan pasangan kita?

Mengapa kita suka bercuti ke pergunungan, pasangan kita suka bercuti di persisiran pantai?

Mengapa kita menzahirkan kasih sayang melalui kata-kata, tetapi pasangan kita sukar meluahkannya?

Menurut Carl Jung, pakar psikoterapi ; kita memilih pasangan yang berlainan karekter dan citarasa dengan kita adalah kerana secara tidak sedar, ada bahagian ‘gelap’ dalam diri kita (our shadow side) yang ingin tumbuh atau di terangi cahaya.

Sebab itu saya sering berkongsi idea, bahawa pasangan kita adalah guru terdekat kita. Guru yang menjadikan kita bertumbuh lebih dewasa.

Jika kita jenis yang banyak bercakap, pasangan kita pula kurang bercakap dan banyak mendengar. Maka dia adalah guru yang mengajar kita supaya menjadi pendengar yang baik.

Jika kita jenis yang suka membuat perkara yang besar-besar, pasangan kita pula orang yang sangat teliti dan prihatin akan perkara-perkara yang kecil. Maka pasangan kita dalah guru yang mengajar supaya kita lebih berpijak di bumi yang nyata (grounded) dan lebih teliti dan perihatin.

Begitu juga dengan perbezaan- perbezaan yang lain antara kita dan pasangan. Jadikan ia bumbu pertumbuhan spiritual kita bukan menjadi bumbu persengketaan kita.

Guru saya sering berpesan, ketika kita menikmati yang manis dari pasangan kita, kita juga perlu menikmati yang pahit darinya.

Salam dari hati,
Diyana Tahir,
eHati Coach.

Transformasi Hati Penyembuhan Jiwa di http://bit.ly/19GqWpP
*Daftar sekarang dengan yuran promo 50% Diskaun.